Sekitar mesyuarat kali pertama persatuan penduduk

Mesyuarat Persatuan Penduduk Villa Kota Perdana.


Mesyuarat kali pertama di adakan di perkarangan surau Ar-Rahim Kota Perdana yang di hadiri oleh penduduk sekitar kawasan Taman Kota Perdana yang telah di war-warkan secara menggantung sepanduk di jalan keluar masuk dan pengedaran risalah ke rumah-rumah. Mungkin terdapat beberapa kesilapan semasa pengedaran risalah tersebut namun ianya masih mendapat perhatian daripada penduduk yang telah menghadiri mesyuarat tersebut.


Sekitar mesyuarat persatuan

Di dalam majlis tersebut pengerusi secara rasminya membubarkan ke semua AJK penaja yang di wajibkan keatas kesemua persatuan yang ingin menubuhkannya , maka setelah mendapat kelulusan dari pihak berwajib iaitu daripada Pendaftar Persatuan maka pihak persatuan melantik semula AJK baru yang di hadiri oleh kesemua penduduk Taman Kota Perdana yang terlibat di dalam kawasan yang di maksudkan.

Mengikut undang-undang penubuhan sesebuah persatuan mesyuarat hendaklah diadakan untuk melantik AJK baru bagi menggantikan AJK penaja dengan undian secara ramai di kalangan penduduk yang terlibat. Pemilihan AJK baru bagi Persatuan Penduduk Villa Kota Perdana telah pun di jalankan secara undian maka kesemua AJK baru akan menjalankan aktiviti dan kegiatan yang melibatkan keseluruhan penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan pandangan politik demi mengeratkan tali persahabatan dan semagat kejiranan antara penduduk.

Senarai ahli jawatan kuasa penduduk akan di maklumkan pada post akan datang untuk kemudah ahli dan bakal ahli persatuan untuk berurusan.







No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.