Buat pertama kalinya para penduduk di sekitar Taman Kota Perdana di serikan dengan Majlis Forum Perdana yang telah di adakan di perkarangan Suruau Ar-Rahim pada 24 Nov 2013. Dengahn usaha para Pengurusan dan AJK surau Ar-Rahim dan jemaah surau program tersebut telah berjalan lancar seperti yang dirancang sempena sambutan Maal Hijrah tahun 1434 bersamaan 27 Zul-Hijjah. Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Hisbur Rahman (Imam muda) dan Ustaz Yusri Musa (Penceramah Bebas).




Sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat terhadap majlis yang dijalanakan dan para jawatan kuasa surau sangat berpuas-hati terhadap sambutan tersebut. Sepanjang majlis dijalankan keadaan terkawal dengan baik dan memuaskan, maka pihak jawatan kuasa akan berusaha lebih lagi di masa akan datang dalam mengadakan majlis-majlis ilmu bagi penduduk setempat amnya.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Forum berlangsung








Sokongan dan bantuan daripada penduduk Kota perdana khasnya di harapkan untuk menjayakan mana-mana program majlis ilmu dan masyarat untuk kebaikan dan muafakat seluruh ahli dan kariah Kota Perdana.

Terima kasih kepada seruluh penduduk Kota Perdana kerana memeriahkan lagi program Forum Perdana pada julung kalinya sepanjang surau ini telah beroperasi selama lebih kurang sekitar 3 tahun lebih.


Sekian..

No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.