DAFTAR KHAIRAT KEMATIAN QARYAH SERDANG

Assalamualaikum wbt.
PENGUMUMAN PENTING & MUSTAHAK
Untuk makluman semua ahli kariah yang bermastautin di kariah serdang, urusan khairat kematian adalah di bawah pengurusan dan pentadbiran *Khairat Kematian Qaryah Serdang (KKQS)*
Saya difahamkan oleh Haji Hasrudin bahawa masih terdapat lagi sebilangan ahli kariah yang masih belum mendaftar sebagai ahli *KKQS*
Kepada ahli kariah yang masih belum mendaftar, tuan/puan dinasihatkan untuk berbuat demikian secepat mungkin bagi mengelakkan kesulitan urusan pengebumian jenazah kelak.
Saya juga difahamkan bahawa sekiranya kita bukan ahli *KKQS*, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan yang berlainan daripada tanah perkuburan UPM yang akan menyebabkan kesulitan pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, segala perhatian dan *TINDAKAN SEGERA* daripada pihak/tuan amatlah dihargai bagi mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul pada masa akan datang.
Kepada ahli kariah yang ingin mendaftar, membuat bayaran atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan berkenaan *KKQS* bolehlah menghubungi *Tn Haji Hasrudin di no tel *0123706308*
Sekian harap maklum. Terima kasih.
AJK SURAU AR-RAHIM

No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.