Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kota Perdana KP 2
15 Mac 2014 - Persatuan penduduk Villa Kota Perdana (PPVKP) dengan Rukun Tetangga kawasan Kota Perdana, Seri Kembangan telah memulakan SRS (Skim Rondaan Sukarela) di kawasan sekitar KP 2 di bawah seliaan En Khairul Azman.
Majlis mesyuarat dan pemilihan AJK Rukun Tetangga tahun 2014
Aktiviti rondaan telah di bahagikan kepada 7 kumpulan yang akan membuat rondaan secara giliran sepanjang minggu bermula dari minggu pertama di adakan iaitu pada 15hb Mac 2014. Skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.
Mesyuarat kali ke-2 Rukun tetangan Kota Perdana
Rukun tetangga yang di tubuhkan meliputi seluruh kawasan Kota Perdana iaitu KP1, KP2, KP3 dan KP4 dengan lantikan AJK-AJK di setiap kawasan termasuk kawasan PPVKP maka inisiatif telah di lakukan untuk menjaga keselamatan dan memantau sekitar kawasan KP2.
Terdapat beberapa kes pada awal tahun 2014 ini yang melibatkan pencerobohan yang dilakukan kepada beberapa buah kawasan rumah di sekitar KP 2. Kes ini melibatkan pagar-pagar rumah penduduk telah di potong di kawasan yang berada berdekatan dengan kawasan semak yang berada di belakang rumah penduduk disini.
Pengawasan yang berkala dan berterusan perlu dilakukan untuk mengelakan berlakunya pencerobohan dan rompakan yang mungkin akan berlaku jika tidak di awasi secara berkelompok maka dengan sebab itu para penduduk di sekitar KP2 memulakan rondaan yang sekurang-kurangnya dapat mengawal dan mencegah dari berlakunya perkara yang tidak di ingini.
SRS - Kumpulan 1
Segala syarat-syarat yang di perlukan untuk membuat rondaan di kawasan ini telah di patuhi mengikut peraturan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi sila rujuk http://www.jpnin.gov.my/soalanlazim_srs
Berikut adalah no talian kecemasan
1) BALAI POLIS SERI KEMBANGAN :03 - 8948 6122
2) KETUA BALAI POLIS SERI KEMBANGAN:
TUAN NUR AZAM SHAH B MOHD AZIZ (INSP)
H/P: 013-7770 044
3) TNB : 15454 (SMS HOT LINE)
4) TIMB.KETUA POLIS SERI KEMBANGAN :
TUAN AHMAD HAMDAN BIN DIN (SUB.INSP)
H/P:019-6638742
5) HOSPITAL SERDANG : 03-8947 5555
6) BOMBA SERI KEMBANGAN :03-89417636 / 03-89416281



Leave a Comment