Pendaftaran baru ahli-ahli Persatuan Penduduk Kota Perdana Fasa 2
As-salamualaikum
Setelah sekian lama menyepi dengan tugas-tugas maka dengan ada kesempatan ini kami berkesempatan untuk memberi maklumat terkini yang sekian lama tidak di perbaharui dengan info-info baru.
Pada pagi 6 September 2014, dari jam 9.00 hingga 13.00 pihak persatuan telah mengedarkan plat dan pelekat kereta PPVKP kepada ahli-ahli persatuan yang telah berdaftar dengan membayar pendaftaran dan yuran tahunan. Bagi pendaftaran baru para penduduk bolehlah ke pejabat persatuan yang di adakan di Jalan KP 2/19.
Dengan adanya plat dan pelekat kereta tersebut maka sahla keahlian penduduk di Kota perdana Fasa 2 ini. Memandangkan kadar jenayah di kawasan ini masih di tahap yang kurang selesa maka kami bersama Rukun tetangga kawasan Kota Perdana bersetuju untuk menutup satu jalan masuk ke dalam kawasan taman iaitu jalan KP 2/19 sebagai salah satu langkah untuk mencegah kejadian pecah masuk rumah ke kawasan Fasa 2, Taman Kota Perdana.
AJK Persatuan dengan ini mengeluarkan notis pemberitahuan kepada semua penduduk tentang penutupan jalan tersebut yang akan di lakukan pada 7hb Sept 2014 jam 23:00 malam.
Semua notis ini telah di edarkan kepada peti-peti surat penduduk dan pihak persatuan bersama rukun tetangga kawasan akan meletakkan notis di persimpangan jalan masuk tersebut.
Kerjasama daripada rukun tetangga kawasan dan para penduduk amat di hargai dan kami mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat. Harapan kami dengan penutupan jalan masuk ini dapat mengurangkan kadar jenayah seperti yang telah berlaku sebelum ini. Ini juga adalah tindakan bagi melambatkan para penjenayah untuk keluar masuk kawasan taman terutama ketika wakti bekerja, malam dan cuti panjang yang memungkinkan mereka mudah keluar masuk ke kawasan taman kota perdana ini.

Leave a Comment